Claude Kini Menerajui 1/4 Pembangunan Dan Penyelidikkan Untuk AI Generasi Seterusnya
Aman
Anthropic berkongsi menyatakan Claude kini menerajui 1/4 kerja-kerja pembangunan dan penyelidikkan, atau sekitar 26% tugasan. Ini sekaligus membolehkan Claude melakukan sejumlah besar tugasan dibawah pemantauan manusia dalam pembangunan AI dan teknologi generasi seterusnya.
Angka ini dilihat meningkat mendadak, berbanding hanya sekitar 1% kerja atau tugasan berkaitan pada Maac 2026 lepas. Dengan perkembangan ini, tidak mustahil kita melihat angka tersebut berkembang pesat dalam bulan-bulan akan datang, selari dengan model yang lebih pintar dan cerdas.
Pada masa yang sama, Anthropic turut menyatakan kebimbangan berkenaan model yang memacu pembangunan mereka sendiri untuk generasi akan datang, namun buat masa ini ia terkawal dengan pemantauan manusia untuknya.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.