Anthropic Dalam Persiapan Lancar Model AI Baharu – Menyaingi Momentum GPT-6 Astra
Aman
Anthropic kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk melancarkan model AI mereka dalam masa terdekat, sekaligus menyaingi momentum pasaran kecerdasan buatan yang kini lebih tertumpu kepada GPT-6 Astra oleh OpenAI.

Anthropic sebelum ini sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran Fabel 5, yang menawarkan prestasi dan hasil yang sangat baik jikalau dibandingkan dengan pelbagai model lain sebelum ini. Anthropic dilihat ingin memperkenalkan model baharu ini, sebelum melakukan penyenaraian awam di bursa di Amerika Syarikat.
Perlumbaan dalam memperkenalkan model AI baharu ini sedia menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dalam industri. Ada yang risau akan keselamatan dalam pembangunan, dan kesannya terhadap manusia pada masa akan datang. Sebelum ini, CEO Anthropic telah mencadangkan untuk memperlahankan kepesatan dalam membangunkan kemampuan model AI – namun ia masih tidak menerima sokongan industri sepenuhnya. Anthropic sendiri dilihat ingin memperkenalkan model baharu dalam memastikan pelanggan perusahaan mereka tidak lari ke OpenAI disebabkan penawaran model mereka yang lebih berkuasa dan baik.