Oppo Find X10 dan Find X10 E Kini Rasmi Dengan Dimensity 9600M dan Kamera 200MP Hasseblad
Effi Saharudin
Oppo Find X10 dan Oppo Find X10 E dilancarkan secara rasmi di China semalam dengan kedua-duanya sekali lagi memberikan penekanan kepada kemampuan fotografi yang tinggi dengan sistem kamera Hasselblad.

Kita mulakan dengan Oppo Find X10 yang hadir dengan skrin 6.59″ AMOLED, kadar segar semula 144Hz dan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 9600M, memori sehingga 16GB LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 8000 mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar serta 50W nirwayar.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP dan lensa telefoto 200MP dengan zum optikal 2.8X. Sementara itu di hadapan sensor 50MP digunakan untuk kamera telefoto. Kamera utama dan telefoto mempunyai sokongan sistem Hasselblad. Peranti menggunakan ColorOS 17 berasaskan Android 17.
Sementara itu tubuh pula melepas piawaian IP69, hadir dengan sepasang speaker stereo dan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin.

Oppo Find X10 E pula ialah model lebih mampu milik yang hadir dengan skrin 6.59″ AMOLED, kadar segar semula 120Hz dan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 9500s, memori sehingga 16GB LPDDR5x, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri sebesar 7025 mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar serta 50W nirwayar.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP dan lensa telefoto 50MP dengan zum optikal 3X. Sementara itu di hadapan sensor 32MP digunakan untuk kamera telefoto. Kamera utama dan telefoto mempunyai sokongan sistem Hasselblad. Peranti menggunakan ColorOS 17 berasaskan Android 17.
Tubuh peranti ini juga melepas piawaian IP69, hadir dengan sepasang speaker stereo dan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin.
Harga jualan Oppo Find X10 dan Find X10 E di China adalah seperti di bawah.
- Oppo Find X10 (12GB/256GB) – RMB 5,499 (~RM 3339)
- Oppo Find X10 (12GB/512GB) – RMB 5,999 (~RM 3642)
- Oppo Find X10 (16GB/512GB) – RMB 6,499 (~RM 3946)
- Oppo Find X10 (16GB/1000GB) – RMB 7,499 (~RM 4553)
- Oppo Find X10 E (12GB/256GB) – RMB 4,999 (~RM 3035)
- Oppo Find X10 E (16GB/512GB) – RMB 5,499 (~RM 3339)