Xbox Buang Pekerja, Obisidian Diserap Bathesda dan Halo Dibangunkan Studio Call of Duty
Effi Saharudin
Hari ini ialah hari yang cukup mengejutkan bagi peminat Xbox. Mereka mengesahkan akan membuang 268 lagi pekerja dengan ia sebahagian proses penstrukturan semula yang diumumkan Jun lalu. Perubahan paling besar ialah Activision akan menyerap studio World’s Edge yang membangunkan siri Edge of Empire dan Rare yang membangunkan Sea of Thieves.
Lebih mengejutkan permainan Halo yang seterusnya turut akan dibangunkan oleh Activision yang mengukir nama menerusi siri Call of Duty. 343 Industries yang dahulunya membangunkan siri ini akan dikecilkan dengan kakitangan sedia ada hanya akan menyokong permainan Halo yang telah dilancarkan.

Seterusnya studio Obsidian akan diserap masuk ke dalam Bathesda. Permainan Grounded dan Fallout yang sedang mereka bangunkan akan diteruskan di bawah pemantauan Bathesda Game Studios. Turut dibangunkan ialah Playground dan Turn 10 tetapi mereka akan meneruskan pembangunan siri Fables dan Forza. Akhir sekali King dan Microsoft Casual Games digabungkan untuk terus menjadi peneraju permainan mudah alih serta kasual.
Berita buruk pula ialah studio Ninja Theory akan ditutup selepas perbincangan dengan pembeli gagal mencapai kata putus. Xbox sedang melakukan konsultasi dengan kakitangan sebelum ia diteruskan. Sementara itu perbincangan dengan Arkane yang juga ingin ditutup juga masih diteruskan.
Sumber – Xbox Wire