Xiaomi 18 Pro Max dan 18 Pro Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan Kamera Leica
Effi Saharudin
Xiaomi 18 Pro Max dan Xiaomi 18 Pro secara rasmi menjadi peranti pertama dilancarkan dengan cip mercu terkini siri Snapdragon 8 Elite Gen 6. Seperti model. tahun lalu, sistem kamera Leica dan skrin sekunder pada bahagian belakang peranti dikekalkan pada model terkini.

Xiaomi 18 Pro Max ialah model paling mercu dilengkapi 6.9″ LTPO AMOLED, 2K, kadar segar semula 120Hz dan keterangan puncak 4000nit lengkap dengan Dolby Vision. Pada skrin utama terdapat sistem privasi membuatkan ia tidak boleh dilihat dari sudut tertentu seperti pada Galaxy S26 Ultra. Skrin sekunder di belakang pula sebesar 2.9″ LTPO AMOLED juga dengan kadar segar 120Hz, 4000 nit dan Dolby Vision.

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, memori 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 8500 mAh. Pengecasan berwayar 100W, nirwayar 50W dan 27W nirwayar berbalik disokong.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP OIS, lensa ultra lebar 50MP dan lensa telefoto 3.2X 200MP OIS. Di hadapan pula kamera 50MP digunakan pada kamera swafoto. Lensa Leica Summilux digunakan pada kamera utama.

Xiaomi 18 Pro pula dilengkapi 6.4″ LTPO AMOLED, 2K, kadar segar semula 120Hz dan keterangan puncak 4000nit lengkap dengan Dolby Vision dan sistem privasi. Skrin sekunder di belakang pula sedikit lebih kecil 2.7″ LTPO AMOLED juga dengan kadar segar 120Hz, 4000 nit dan Dolby Vision.

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 6, memori 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 7000 mAh. Pengecasan berwayar 100W, nirwayar 50W dan 27W nirwayar berbalik disokong.
Kamera utama sama dengan Pro Max iaitu lensa sudut lebar 200MP OIS, lensa ultra lebar 50MP dan lensa telefoto 3.2X 200MP OIS. Di hadapan pula kamera 50MP digunakan pada kamera swafoto. Lensa Leica digunakan pada kamera utama.

Kedua-dua peranti menggunakan HyperOS 4 berasaskan Android 17. Terdapat pelbagai ciri AI seperti janaan gambar, ringkasan dan melakukan suntingan. Ciri AI ini boleh diakses menerusi skrin sekunder di belakang. Pembesar suara adalah stereo dan tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP69.

Xiaomi 18 Pro Max dan Xiaomi 18 Pro ditawarkan dalam warna Black, White, Ice Peach Powder dan Milky Way Blue. Turut ditawarkan satu edisi khas berwarna merah dengan panel lutsinar. Harga jualan peranti di China adalah seperti di bawah.
- Xiaomi 18 Pro Max (12/256GB) – RMB 6999 (~RM 4269)
- Xiaomi 18 Pro Max (12/512GB) – RMB 7999 (~RM 4879)
- Xiaomi 18 Pro Max (16/512GB) – RMB 8999 (~RM 5489)
- Xiaomi 18 Pro Max (16/1000GB) – RMB 9999 (~RM 6099)
- Xiaomi 18 Pro Max Edisi Khas (16/1000GB) – RMB 10999 (~RM 6705)
- Xiaomi 18 Pro (12/256GB) – RMB 5999 (~RM 3659)
- Xiaomi 18 Pro (12/512GB) – RMB 6999 (~RM 4269)
- Xiaomi 18 Pro (16/512GB) – RMB 7999 (~RM 4879)
- Xiaomi 18 Pro (16/1000GB) – RMB 8999 (~RM 5489)
- Xiaomi 18 Pro Max Edisi Khas (16/1000GB) – RMB 9999 (~RM 6099)