Cermin Mata Ray-Ban Meta Audio Dilancarkan Tanpa Kamera
Effi Saharudin
Cermin mata pintar Ray-Ban Meta mempunyai reputasi buruk digunakan untuk melanggar privasi serta rakaman video tanpa kebenaran di kawasan awan. Hari ini di acara Meta Connect, Ray-Ban Meta Audio dilancarkan dengan ia tidak lagi dilengkapi kamera.

Ia masih sepasang Ray-Ban Meta dengan kemampuan mengakses kecerdasan buatan (AI) Muse, menerima arahan suara dan digunakan untuk mendengar muzik atau melalukan panggilan suara. Ia ditawarkan dalam 23 variasi menerusi rekaan bingkai Ray-Ban Clubmaster dan Burbank. Kedua-dua bingkai boleh digunakan sebagai cermin mata hitam atau dengan lensa preskripsi.

Ia juga hanya seberat 23 gram dengan hayat penggunaan pula sehingga 12 jam sekali caj. Dengan bantuan pod pengecas pula ia bertahan sehingga 48 jam. Cip yang digunakan pula ialah Snapdragon S7 Gen 1.
Di Amerika Syarikat, sepasang Ray-Ban Meta Audio dijual pada harga bermula $349 (~RM 1427) pada 13 Oktober 13.