ChatGPT Mula Papar Iklan Untuk Pengguna Malaysia – Bagi Pengguna Percuma Dan ChatGPT Go
Aman
OpenAI hari ini mengumumkan pengenalan pengiklanan pada ChatGPT bermula hari ini. Dengan ciri pengiklanan ini, ia sekaligus membolehkan syarikat dan pelbagai jenama mencapai pengguna dan pelanggan melalui ChatGPT – ketika mereka melakukan pertanyaan, carian dan sebagainya.
Dengan pengaktifan di Malaysia, kini pengiklanan di ChatGPT atau turut dipanggil ChatGPT Ads ini aktif di sekitar 60 buah negara.

Bagi pengiklan berminat, ChatGPT Ads boleh diakses melalui Ads Manager, seterusnya boleh melakukan penyasaran kepada pengguna. OpenAI menekankan yang mana iklan akan dipaparkan pada bahagian bawah sesuatu jawapan, dan tidak mempengaruhi jawapan yang dipaparkan kepada pengguna.
Pengiklanan dipaparkan untuk pengguna pelan ChatGPT Free dan juga ChatGPT Go. Tiada iklan dipaparkan pada pelan Plus dan Pro buat masa ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.