Muse Charm Ialah Aksesori Berbentuk Tamagotchi Yang Dikuasakan Ejen AI Peribadi Muse
Nazrin
Pada awal bulan ini, Meta telah memperlihatkan perkhidmatan ejen AI peribadi mereka yang dinamakan Muse, iaitu pembantu pintar yang membolehkan anda untuk mengautomasikan sejumlah tugasan-tugasan remeh anda seperti menjawab emel dan permesejan, menambahkan acara atau tugasan di kalendar dan lain-lain.

Muse sebelum ini hanya ditawarkan melalui komputer ataupun peranti pintar anda, tetapi sewaktu acara Meta Connect, Mark Zuckerberg, CEO Meta telah memperkenalkan Muse Charm, iaitu sebuah aksesori pembantu AI fizikal yang hadir dengan rupa bentuk permainan elektronik kanak-kanak Tamagotchi, lengkap dengan avatar Muse terbina didalamnya,
Aksesori ini hadir dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 2 inci yang boleh memperlihatkan avatar Muse AI anda sendiri, dan boleh melakukan kebanyakan fungsi-fungsi sama seperti pembantu Muse didalam komputer atau peranti pintar jika anda menggunakannya. Aksesori ini juga hadir dengan sebuah modem 5G terbina didalamnya, yang menunjukkan sokongan untuk sambungan selular, tetapi ia telah disahkan tidak boleh membuat sebarang panggilan keluar.

Mark Zuckerberg mengatakan bahawa Muse Charm ini akan mula dijual pada bulan Disember 2026 kelak, sewaktu musim cuti dan perayaan Krismas, dan sebuah laman web khas tudahpun dibuka untuk mendaftar minat. Buat masa ini tanda harga Muse Charm ini tidak diketahui lagi.
Sumber –Muse Charm