Tencent Lancarkan TenPayGo Untuk Pelancong Gunakan Kad Bank dan Dompet Digital Tempatan Di China
Melancong ke China ialah seperti pergi ke Marikh kerana ia adalah negara nirtunai sepenuhnya sehingga pengemis mempunyai kod QR untuk menerima derma. Isu yang berlaku ialah sistem nirtunai di China tidak menyokong kad kredit, debit atau dompet digital negara luar secara menyeluruh. Bagi memudahkan pelancong melakukan pembayaran selepas ini, Tencent melancarkan aplikasi TenPayGo.

TenPayGo menyokong tujuh kad Visa, Mastercard, UnionPay, American Express, Japan Credit Bureau (JCB), Diners Club dan Discover Global Network. Turut disokong ialah 34 dompet digital seperti S Pay, Boost, Naver Pay dan banyak lagi. Pembayaran menggunakan Apple Pay turut boleh dilakukan.
Aplikasi dilancarkan bagi memudahkan pelawat yang hadir sempena persidangan puncak APEC di Shenzhen. Pelancong dan pelawat boleh menggunakan TenPayGo untuk menggunakan kad dan dompet digital yang digunakan mereka.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.