Qualcomm dan Apple Melanjutkan Perjanjian Lesen Paten
Effi Saharudin
Qualcomm dan Apple telah memperbaharui perjanjian lesen paten global mereka, yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2027. Pengumuman ini dibuat oleh Qualcomm pagi ini dalam satu siaran media yang pendek.

Qualcomm tidak mendedahkan butiran kewangan, tempoh perjanjian, atau kadar royalti. Ia hanya mengesahkan pembaharuan perjanjian lesen paten antara kedua-dua syarikat. Pada tahun 2017, Qualcomm menyaman Apple kerana didakwa melanggar paten modem yang dipegang oleh mereka dalam moden yang sedang dibangunkan sendiri. Kes diselesaikan di luar mahkamah pada tahun 2019 dengan Apple bersetuju membayar lesen hampir $5 bilion kepada Qualcomm selama 6+2 tahun.
Penyambungan pelesenan mungkin berkait rapat dengan teknologi Qualcomm yang digunakan pada modem Apple C2 untuk iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo di luar pasaran Amerika Syarikat. Modem Qualcomm masih digunakan dalam peranti di atas hanya di Amerika Syarikat.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.