Apple Perlu Membayar Pampasan $5.7 Bilion Kerana Taptic Engine Melanggar Paten
Effi Saharudin
Juri persekutuan mahkamah di San Diego mendapati Apple melanggar paten milik Taction Technology pada Taptic Engine yang digunakan pada sistem haptik iPhone dan Apple Watch. Apple kini berhadapan perlu membayar pampasan $5.7 bilion (~RM 23.3 bilion) kepada Taction Technology.

Taction memfailkan saman ke atas Apple pada tahun 2021 kerana melanggar dua paten sistem haptik yang dibangunkan oleh mereka. Taptic Engine diperkenalkan menerusi Apple Watch pada tahun 2014 sebelum kemudian pada siri iPhone 6s dan 6S Plus pada tahun 2015.
Apple mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka amat tidak bersetuju dengan keputusan juri serta jumlah ganti rugi yang ditetapkan kerana kedua-duanya sama sekali tidak disokong oleh fakta serta akan akan mengemukakan rayuan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.