Discord Mengemaskini Pengesahan Umur Pengguna Dengan Cara-Cara Baru
Nazrin
Beberapa bulan yang lalu, Discord telah memperkenalkan ciri pengesahan umur pengguna yang menggunakan cara seperti rakaman video dan juga memuat-naik gambar kad pengenalan mereka sendiri. Perkara ini telah ditolak secara mentah oleh ramai pengguna mereka kerana risau tentang isu keselamatan data mereka sendiri dan tidak mempercayai Discord untuk memastikan data mereka selamat.
Discord telahpun mengatakan bahawa data yang dikumpul ini akan dilupuskan setelah proses pengesahan pengguna sesuai, tetapi mereka masih menundakan fungsi tersebut sambil mereka mengemaskini ciri pengesahan tersebut. Terkini, Discord nampaknya telah memperlihatkan pilihan pengesahan identiti baru yang tidak mengganggu data peribadi pengguna.

Pertama ialah pengesahan melalui kad kredit. Pengesahan umur boleh dilakukan melalui pengesahan data kad kredit, dimana K-ID akan menghantar butiran pemilikan kepada Stripe yang akan mengesahkan kejituan data tersebut. Stripe juga akan menyimpan empat angka terakhir kad kredit tersebut untuk tujuan pengesahan butiran pengguna, dan ini adalah proses lazim untuk platform pemprosesan pembayaran digital seperti Stripe.
Pengguna juga diilihat boleh mengesahkan umur melalui sistem pengesahan Apple App Store dan Google Play Store dimana platform-platform ini akan dibenarkan untuk berkongsi julat umur pengguna Discord. Tarikh umur tepat tidak akan dikongsikan, dan hanya julat umur sahaja. Jika pengguna Discord tersebut menggunakan Google Wallet, ia juga boleh digunakan untuk mengesahkan julat umur pengguna Discord.

Discord juga memperkenalkan algoritma umur baharu yang akan menetapkan status pengguna platform Discord. Sekiranya Discord menetapkan anda adalah seorang pengguna dewasa, anda boleh menggunakan semua ciri-ciri pada platform tersebut tanpa masalah. Jika anda ditetapkan pada julat umur remaja, tetapan dan akses kepada kandungan dewasa tidak akan diberikan.
Jika Discord belum ataupun tidak menetpakan julat umur anda, kemampuan penggunaan akaun mereka juga akan dihadkan sehingga ia melalui proses pengesahan umur. Status julat umur pengguna boleh disemak dalam menu tetapan User Settings > Account Status. Algoritma yang sama akan digunakan untuk meneka umur anda berdasarkan umur akaun Discord anda dan juga saluran-saluran Discord yang anda sertai, dan akan menetapkan julat umur anda.
Sumber: