OpenAI Batalkan Pengenalan GPT-6.1 Astra Kerana Tidak Mencapai Piawaian Keselamatan
Aman
OpenAI kini mengesahkan mereka tidak akan memperkenalkan GPT 6.1 Astra yang dijadualkan sekitar Oktober ini, disebabkan model berkenaan tidak mencapai piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Perkongsian ini hadir daripada pihak OpenAI, selepas pelbagai laporan kebelakangan ini melibatkan model-model AI yang dibangunkan OpenAI yang menggodam dan mengakses sistem pihak lain.
Sebelum ini juga, ramai pihak sedia mempersoalkan berkenaan langkah-langkah keselamatan dan piawaian yang ditetapkan oleh OpenAI terhadap model mereka.
OpenAI sedia memperkenalkan model GPT-6 Astra, selain variasi SOL kepada para pengguna, membolehkan mereka mengakses dan melakukan sejumlah tugasan melaluinya. OpenAI dijadualkan mengadakan acara memfokuskan pembangun pada minggu ini, dan perkongsian ini sehari awal mungkin membuatkan ramai tidak menantikan berkenaan model baharu yang bakal ditawarkan kelak.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.