OpenAI Perkenal GPT-6.1 Sol – Dikatakan Prestasi Hampir Setara Astra, Pada Harga Lebih Rendah
Aman
OpenAI hari ini memperkenalkan model terbaru mereka, GPT-6.1 Sol, hanya selepas hampir seminggu memperkenalkan model GPT-6 Sol. Model baru ini dikatakan menawarkan prestasi dan kecerdasan hampir setara GPT-6 Astra, tetapi pada harga token lebih rendah.

GPT-6.1 Sol ini dilihat sangat berbaloi untuk digunakan bagi tujuan pengaturcaraan, kawalan komputer, dan juga beberapa tugasan profesional lain. Ia juga dipertingkatkan kejituan pemahaman berkenaan kehendak pengguna berbanding model sebelum ini.
OpenAI juga sebelum ini dijangka memperkenalkan kemaskini kepada GPT-6 Astra, namun ia dibatalkan kerana gagal mencapai piawaian keselamatan yang dikehendaki.
Bagi pengguna ChatGPT Plus dan Pro, anda sudah boleh mengakses GPT-6.1 Sol hari ini melalui ChatGPT.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.