Sony Perkenalkan Ciri QSSR Untuk Meningkatkan Kualiti Grafik PlayStation 5
Effi Saharudin
Sony memperkenalkan Quick Spectral Super Resolution (QSSR) untuk PlayStation 5 asas. QSSR meningkatkan kualiti grafik menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk PS5 yang berbeza dengan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) yang hanya disokong PS5 Pro.
PSSR menggunakan AI untuk menganalisa imej permainan dan meningkatkan resolusi dengan lebih banyak perincian serta kestabilan berbanding teknik peningkatan grafik yang lain. QSSR dibangunkan melalui kerjasama AI grafik Project Amethyst antara Sony dan AMD.
Pada ketika ini QSSR hanya menyokong dua permainan sahaja iaitu Marvel’s Wolverine dan Ghost of Yōtei. Dalam kedua-dua permainan pilihan grafik Fideliyu Mode with QSSR boleh dipilih untuk menggunakan ciri baharu ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.