RHB Bank Tidak Akan Menyokong Pelayar Web Versi Lama Bermula 31 Oktober Ini
Nazrin
RHB Bank baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta para pelanggan mereka untuk mengemaskini versi pelayar web mereka ke versi terbaru menjelang 31 Oktober 2026, dan mengatakan bahawa selepas tarikh tersebut, pelayar-pelayar web versi lama tidak lagi boleh mengakses platform perbankan atas-talian selepas tarikh tersebut.
Mereka juga telah menyenaraikan versi minima yang akan disokong oleh laman web perbankan tersebut, termasuklah:
- Microsoft Edge V149 keatas
- Google Chrome V149 keatas
- Mozilla Firefox V151 keatas
- Opera V130 keatas
- Safari V18 keatas

Bank tersebut mengatakan bahawa kemaskini diperlukan kerana versi-versi lama tidak lagi akan menerima sokongan keselamatan, dan ini boleh menyebabkan butiran akaun bank digodam.
Bagi mereka yang tidak boleh mengemaskini versi pelayar web pada komputer mereka, RHB menyarankan anda memuat-turun aplikasi RHB Online Banking untuk platform Android dan juga iOS.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.