Apple dan LG Dilaporkan Bekerjasama Bangunkan Produk Rumah Pintar
Apple dipercayai akan melancarkan hub rumah pintar bersama dengan kemas kini HomePod Mini dalam masa terdekat. Kini menurut laporan Bloomberg, Apple telah bekerjasama dengan LG untuk membangunkan beberapa peranti pintar untuk kegunaan rumah.

Antara yang telah dibangunkan ialah kunci pintu, kamera keselamatan dalam rumah, kamera keselamatan luar rumah, loceng pintu, sensor suhu, kamera lampu limpah, dan termostat pintar. LG bertanggungjawab mengeluarkan kesemua produk dengan Apple pula memberikan sokongan menerusi HomeKit. Ekosistem rumah pintar Apple akan menyokong Bluetooth, Wi-Fi, Matter, dan Thread.
Menerusi kerjasama ini, Apple akan mengembangkan penawaran produk rumah pintar tanpa mengeluarkannya sendiri. Strategi yang berbeza dengan Xiaomi yang mengeluarkan puluhan produk rumah pintar jenama sendiri sejak beberapa tahun lalu.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.