Meta Mengharamkan TikTok Daripada Mengiklan Pada Platform Mereka
Aman
Meta kini telah mula mengharamkan pengiklanan terhadap produk-produk bawah ByteDance, terutamanya TikTok. Perkara ini telah dikuat-kuasa di beberapa buah negara, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, Mesir, Indonesia, Jepun, Thailand dan juga Vietnam.
Sebab sebaliknya tidak diketahui. Berkemungkinan besar, Meta tidak ingin TikTok menggunakan platform mereka untuk mengiklan dan menarik pengguna dalam menggunakan perkhidmatan pesaing. Sebelum ini, TikTok sedia dipasarkan secara meluas di platform Meta, membawa kepada peningkatan pengguna mendadak.
Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang komen kenapakah pengiklanan TikTok diharamkan. Untuk makluman, pada masa yang sama, Meta juga kini memfokuskan kepada ciri Reels rentas platform mereka, termasuk sedang bereksperimen di India dengan paparan utama Facebook terus ke video, memberikan pengalaman seumpama TikTok.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.