Samsung Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Telefon Pintar Kerana Krisis RAM
Effi Saharudin
Samsung telah menghubungi rantaian bekalan pengeluaran telefon pintar akan dikurangkan sehingga 30% pada Q4 2026 disebabkan ia impak krisis RAM menurut laporan Money Today. Menurut sumber, pengeluaran dikurangkan sehingga 30% pada Q4 2026 berbanding secara lazimnya sekitar 12% kerana Samsung tidak menawarkan model baharu.

Dalam laporan yang sama, pengeluaran dikurangkan secara mendadak kerana dikatakan tidak lagi menguntungkan dengan harga memori menjadi sebab utama. Berbanding tahun lalu, harga 12GB RAM telah meningkat 175% menyebabkan margin keuntungan mengecut. Samsung sebelum ini diramalkan mengeluarkan 270 juta telefon pintar sepanjang 2026 tetapi ia kini mungkin dikurangkan ke sekitar 200 juta sahaja.
Sungguhpun tertekan dengan kos komponen yang semakin melonjak, Samsung dan Apple terus mendominasi dua tempat teratas jualan telefon pintar 2026. Samsung masih menerima bekalan memori yang dikeluarkan sendiri.
Nasib perniagaan telefon pintar Samsung atau bertentangan dengan perniagaan semikonduktor yang mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 700% kerana permintaan RAM yang masih belum nampak akan berkurangan dalam masa terdekat.
Pesaing Android mereka yang lain juga mengurangkan pengeluaran peranti tahun ini kerana sukar mendapatkan stok. Setakat ini ASUS dan CMF menjadi dua syarikat yang tidak menawarkan model baharu disebabkannya.