Apple Dijangka Perkenal MacBook Pro Dengan Skrin Sentuh Pada Penghujung Oktober Ini
Aman
Apple sedia menjadualkan acara memfokuskan peranti rumah pintar pada minggu hadapan, dan tidak setakat itu, kini ia dilaporkan Apple turut dalam persiapan untuk memperkenalkan MacBook Pro pertama dilengkapi skrin sentuh menjelang penghujung Oktober ini.

Apple dijangka memperkenalkan MacBook Pro dengan skrin sentuh ini bersama-sama dengan iPad Mini baharu. MacBook Pro ini dijangka hadir dalam variasi 14-inci dan 16-inci, serta dikuasakan oleh cip Apple M5 Pro dan Apple M5 Max.
Untuk iPad Mini pula, ia dijangka hadir dengan skrin OLED, serta sejumlah penambah-baikkan lain termasuk dari segi skrin dan kamera hadapan.
Buat masa ini, Apple masih belum mengesahkan lagi pelancaran produk baharu ini. Mungkin kita akan mendengar secara rasmi berkaitan hal ini dalam beberapa minggu lagi.