DJI dan Insta360 Memegang 93% Pasaran Kamera Pintar Pada Q2 2026
Effi Saharudin
Satu fenomena yang saya sedari sejak kebelakangan ini ialah penggunaan kamera gimbal oleh golongan penghasil kandungan serta pempengaruh. Dalam tempoh setahun sahaja kamera gimbal yang mudah dipegang menggantikan kamera digital yang dahuluya menjadi kamera pilihan untuk mengambil video.
| Vendor | Penghantaran Q2 2026 Shipments (Juta Unit) | Pegangan Pasaran Q2 2026 | Peningkatan Pengeluaran YoY |
| DJI | 4.3 | 73% | 87% |
| Insta360 | 1.2 | 20% | 40% |
| GoPro | 0.2 | 3% | -50% |
| Lain-Lain | 0.2 | 4% | 9% |
| Jumlah | 5.9 | 100% | 57% |
Menurut laporan IDC, DJI dan Insta360 memegang 93% pasaran kamera pintar yang boleh dipegang dalam tangan pada Q2 2026. DJI memegang 73% dan baki 20% pula oleh Insta360. Kamera pintar yang boleh dipegang menurut IDC merangkumi kamera gimbal kompak, kamera panorama 360 darjah dan kamera aksi. GoPro yang mempelopori pasaran ini kini hanya memegang 3% pasaran dengan baki 4% dipegang oleh jenama lain.
Data yang lebih menarik ialah DJI kini memegang 60% pasaran kamera gimbal kompak dunia. Sementara Insta360 pula memegang 73% pasaran kamera 360 darjah global. Bagi GoPro pula jualan kamera aksi mereka merosot 43% dan kamera panorama 360 darjah pula merosot 61% berbanding suku sama tahun lalu.
Dalam laporan sebelum ini, DJI sahaja menjual lebih banyak kamera nircermin sepanjang 2025 berbanding ahli Camera & Imaging Products Association (CIPA) Jepun iaitu Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, Panasonic dan Casio.