Kojima Production Lancarkan Kerangka Khas Untuk iPhone 18 Pro Maxdan AirPods
Effi Saharudin
Kojima Productions dan Casetify melancarkan beberapa kerangka untuk iPhone 18 Pro Max dan AirPods Pro sempena ulang tahun ke-10 KJP hari ini. Dua kerangka untuk iPhone 18 Pro Max ditawarkan. Satu diperbuat daripada bongkah aluminium dengan tongkat terbina di bahagian belakang.

Sebuah lagi diperbuat daripada bahan gentian karbon dihiasi oleh gambar Ludens, maskot Kojima Productions. Dengan setiap pembelian sebuah kad edisi terhad KJP, patung hiasan Dollman dan juga tali USB Q-pid diberikan. Kerangka telefon jelas mengambil elemen daripada siri permainan Death Stranding. Kedua-dua kerangka direka oleh Yoji Shinkawa.

Sementara itu kerangka AirPods Pro pula ditawarkan dalam warna kuning dengan bahagian lutsinar seakan bekas simpanan BB. Cangkuk pada bahagian sisi memudahkan kerangka disambung kepada anak kunci atau digantung pada beg.

Ketiga-tiga produk mempunyai tempoh menunggu dengan pembelian dibuka pada 15 Oktober. Harga jualan belum lagi diumumkan oleh Casetify.
Sumber – Casetify