Meta Perkenal Model AI Mercu Terbaru, Muse Wonder – Perlu Langganan Berbayar Untuk Mengaksesnya
Aman
Meta kini memperkenalkan model AI mercu terbaru mereka secara rasminya, dinamakan Muse Wonder. Model ini dipasarkan sebagai model paling berkuasa oleh Meta, dan dikatakan dioptimasikan khusus dalam menjadi pembantu digital untuk orang ramai.
Meta turut menyatakan Muse Wonder hadir dengan kawalan yang baik, dan mengelak berlakunya sebarang penyalahgunaan siber seperti beberapa model lain. Model ini turut dikatakan dilatih berasaskan kepada senario dunia nyata dalam penggunaan, dan tidak seperti ejen AI lain yang perlukan pelbagai kebenaran pengguna apabila tugasan yang ingin dilakukan menghadapi sebarang kekangan atau halangan.
Model terbaru ini ditawarkan untuk pengguna Muse sahaja buat masa ini, dan pengguna perlu melanggannya antara $20 ke $100 sebulan untuk mengaksesnya. Bagi pembangun juga, Meta turut menyediakan model lebih berkuasa, dinamakan Muse Wonder Full, dan boleh diakses melalui Muse Code AI pada langganan bermula $50 sebulan.