SpaceX Mengemaskini Penawaran Langganan – Kini Mengabungkan X, Grok dan Cursor
SpaceX atau SpaceXAI atau SpaceXSI hari ini mengemaskini penawaran langganan berbayar dibawah mereka kepada orang ramai, yang mengabungkan pelbagai produk dibawah mereka dibawah satu pelan langganan. Melaluinya, kini pengguna hanya perlu membayar satu harga langganan untuk akses kepada Grok, Cursor dan juga ciri eksklusif pada X.
Pelan langganan kini bermula $8 sebulan, dan boleh dilanggan terus melalui laman xAI. Pelan paling asas menawarkan akses asas, sementara pelan xAI Premium ditawarkan pada harga $30 sebulan menawarkan akses 4 kali ganda penggunaan, dan turut menawarkan akses kepada Grok Bot, serta ciri tambahan seperti pengehosan kod dan akses lebih menyeluruh pada X.
Sementara xAI Super pula ditawarkan pada harga $100 sebulan yang menawarkan akses 15 kali ganda penggunaan, serta akses keutamaan ketika penggunaan tinggi di platform.
Bagi anda yang aktif menggunakan Grok, atau X atau Cursor, kini boleh mendapatkan satu pelan langganan sahaja, dan mengakses semuanya – dan mungkin lebih berjimat berbanding melanggan setiap perkhidmatan berkenaan secara berasingan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.