Gemini 4 Argon Kini Boleh Digunakan Pelanggan Google AI Pro dan Ultra
Google kini telah mula menawarkan model AI terbaru mereka, Gemini 4 Argon kepada orang ramai yang melanggan pelan Google AI Pro dan juga Google AI Ultra. Model baharu ini hadir dengan sokongan prestasi lebih baik, termasuk dari segi penaakulan dan juga untuk penyelesaian tugasan.
Gemini 4 Argon juga dikatakan menjawab dengan lebih terus tanpa mengulang sesuatu perkara, dan melangkaui pelbagai perkara tidak diperlukan ketika memberikan respon. Disamping itu, Gemini 4 Argon turut dikatakan menawarkan prestasi lebih baik untuk pengaturcaraan berbanding sebelum ini.
Buat masa ini, model ini ditawarkan kepada pelanggan berbayar terlebih dahulu, dan dijangka akan diperluaskan kepada yang lain melalui penawaran variasi model berbeza dibawah Argon ini kelak – selari perubahan pada akses model yang dilakukan Google baru-baru ini, berasaskan kepada tahap langganan pengguna.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.