Apple Home Collection Dilancarkan Dengan Kerjasama LG dan Schneider Electric
Effi Saharudin
Apple memperkenalkan rangkaian aksesori rumah pintar baharu Apple Home Collection yang dibangunkan bersama LG Electronics dan Schneider Electric. Produk ini direka untuk berfungsi terus dalam ekosistem Apple Home tanpa memerlukan aplikasi atau akaun tambahan.

LG menawarkan kunci pintu, loceng pintu dengan video, kamera dengan lampu limpah, kamera dalam rumah dan kamera luar rumah. Peranti dengan kamera boleh melakukan rakaman video sehingga 2.5K yang boleh melalukan pengesanan individu, haiwan, bungkusan yang dihantar dan juga kenderaan. Video yang dirakam oleh sistem pemantauan disimpan menerusi iCloud+ yang memastikan privasi menerusi penyulitan hujung-ke-hujung.
Kunci pintu rumah LG Smart Deadbolt Lock menyokong UWB yang menyahkunci dengan automatik apabila mengesan Apple Watch dan iPhone pemilik berdekatan. Tidak perlu memasukkan kod kunci atau melakukan sentuhan NFC seperti kunci pintu pintar yang lain.

Dalam situasi kecemasan, ia boleh dibuka menggunakan PIN dan kunci fizikal sandaran. Dengan sokongan Apple Home, kunci digital boleh dikongsi kepada orang lain sekiranya diperlukan.
Smart Thermostat juga diumumkan dengan ia dibangunkan LG dan Schneider Electric. Ia mengesan suhu dan juga kadar kelembapan udara. Ia boleh mengubah tetapan suhu dalam rumah secara automatik berdasarkan jumlah individu.
Dengan integrasi ekosistem Apple, pengguna boleh menggunakan Siri untuk menjana ringkasan daripada video yang telah dirakam. Proses mencari video juga boleh dilakukan dengan arahan suara. AKhir sekali kesemua produk menyokong protokol Thread dan Matter.
Apple Home Collection akan dilancarkan bermula Disember 2027 dengan sesetengah aksesori akan mula dijual awal 2027.