ColorOS 17 – Lebih Lancar Dan Lebih Pintar Untuk Tugas Harian
Nur Amzari
Dalam penggunaan telefon pintar seharian, pengalaman yang baik bukan sekadar bergantung pada spesifikasi dalaman. Sistem operasi yang lancar, ciri pintar yang memudahkan urusan harian dan keupayaan untuk kekal terhubung juga memainkan peranan penting. Dengan itu, OPPO telah melancarkan ColorOS 17 terbaru yang membawa pelbagai penambahbaikan yang dapat memanfaatkan penggunanya dari segi kelancaran, ciri AI dan beberapa ciri tambahan yang baru.

Pengalaman Lebih Lancar Dengan Living Flow Design
Salah satu fokus utama ColorOS 17 ialah kelancaran penggunaan. Melalui Living Flow Design, OPPO memperkenalkan rekaan baharu yang menjadikan setiap pergerakan dan interaksi terasa lebih semula jadi.Setiap sentuhan direka supaya terasa lebih responsif dan berterusan. OPPO juga tidak melupakan aspek visual dengan rekaan Living Flow Design ini, menjadikan pengalaman menggunakan telefon lebih kemas dan selesa.


Antara teknologi yang menyokong pengalaman ini ialah Luminous Rendering Engine, Laminar Flow Engine, Unified Rendering Architecture dan Adaptive Scheduling Architecture. Gabungan semua teknologi ini membentuk asas sistem yang direka untuk mengoptimumkan pengalaman penggunaan harian. ColorOS 17 ini juga lebih mesra untuk mereka yang mementingkan penggunaan peranti dalam jangka masa yang panjang melalui konsep six years of durable smoothness. Ini dapat memastikan pengalaman penggunaan kekal lancar sepanjang tempoh pemakaian peranti, bukan hanya ketika telefon masih baharu.
Tugas Harian Lebih Mudah Dengan OPPO AI
Selain kelancaran, ColorOS 17 turut membawa AI sebagai pembantu kreatif yang boleh membantu pengguna menyelesaikan pelbagai tugasan tanpa perlu melalui langkah yang rumit. Antara ciri yang diketengahkan ialah AI Mind Pilot, yang membolehkan pengguna menyampaikan keperluan mereka untuk mendapatkan bantuan berkaitan foto dan fail. Ia direka untuk membantu mencari serta menyusun kandungan, selain menyokong proses menghasilkan bahan yang sedia digunakan.

Bagi pengguna yang gemar mengambil dan menyunting gambar, AI Photo Agent boleh menjadi proses penyuntingan yang lebih mudah. Ciri ini bertujuan membantu pengguna mendapatkan hasil suntingan yang menarik tanpa perlu menguasai proses penyuntingan yang kompleks.

ColorOS 17 turut memperkenalkan AI Mind Suggest, yang memberikan maklumat berguna mengikut situasi dan masa yang sesuai. Antaranya termasuk ringkasan maklumat pada waktu pagi serta kemas kini berkaitan penerbangan, sekali gus membantu pengguna mendapatkan maklumat penting tanpa perlu mencarinya secara manual setiap kali.

Sementara itu, OSee membolehkan pengguna mengambil gambar sesuatu objek atau perkara untuk mendapatkan bantuan daripada AI yang bersesuaian. Dengan hanya satu tangkapan gambar, pengguna boleh mendapatkan maklumat atau jawapan berdasarkan perkara yang dilihat.

Kekal Terhubung Tanpa Batas
Satu lagi perkara penting dalam ColorOS 17 ialah sokongan sambungan yang stabil. Dalam dunia yang semakin bergantung pada proses berkomunikasi secara dalam talian, kemampuan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi melalui pelbagai bahasa jadi semakin diperlukan. Dengan AI Live Interpreter, ColorOS 17 menyediakan fungsi terjemahan secara langsung menggunakan fon telinga OPPO. Ciri ini dibuat untuk membantu pengguna berkomunikasi dengan lebih mudah apabila menghadapi situasi yang melibatkan perbezaan bahasa.

Selain itu, Touch to Share memudahkan perkongsian kandungan melalui satu sentuhan. Daripada menjadikan proses perkongsian sebagai satu tugasan yang memerlukan beberapa langkah, ciri ini memberi penekanan kepada pengalaman yang lebih pantas dan mudah.Gabungan kedua-dua ciri ini memperlihatkan bagaimana ColorOS 17 cuba mengurangkan halangan dalam kehidupan digital, sama ada ketika berkomunikasi dengan orang lain mahupun berkongsi kandungan antara peranti.
Kesimpulan
Menerusi ColorOS 17, OPPO ini memperlihatkan hala tuju sistem operasi yang bukan sekadar menumpukan kepada apa yang pengguna boleh lakukan pada telefon, tetapi juga bagaimana setiap tugasan boleh diselesaikan dengan lebih lancar, pintar dan mudah. Rasai sendiri kehebatan ColorOS 17 sekarang dengan peranti OPPO.
Bersempena dengan pelancaran siri OPPO Find X10 di Malaysia, anda juga berpeluang membuat tempahan awal sehingga 29 Oktober. Lebih istimewa, setiap tempahan awal ini didatangkan dengan pelbagai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM4,771!
Tawaran menarik ini merangkumi rebat tambahan program tukar beli sehingga RM800, kemudahan pembayaran secara ansuran yang lebih mudah, tawaran Pembelian Bersama (PWP) untuk Pelan Perlindungan OPPO Care serta pelbagai ganjaran eksklusif lain termasuk baucar My OPPO App dan akses khas ke sesi Masterclass.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki siri OPPO Find X10 serta menikmati pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif yang ditawarkan di laman rasmi OPPO hari ini.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia