Netflix Membuang 6% Tenaga Kerja – Melibatkan Sekitar 1000 Pekerja
Aman
Netflix kini dilihat membuang 6% daripada tenaga kerja global mereka, memberikan kesan terhadap lebih 1,000 pekerja. Netflix telah mula memaklumkan pekerja terlibat berkenaan pembuangan ini. Kali terakhir Netflix melakukan pengurangan angka pekerja adalah pada 2022 yang lepas.
Antara bahagian yang terkesan adalah pada bahagian teknologi, perundangan dan juga sumber manusia.
Pengurangan pekerja ini dikatakan berkait dengan keadaan semasa yang mencabar dalam mendapatkan pendapatan tinggi – apatah lagi dengan persaingan sengit dalam arena penstriman video. Netflix sendiri telah mula mempelbagaikan bentuk pendapatan mereka, termasuk telah mula mengintegrasikan pengiklanan di beberapa pasaran.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.