YouTube Ingin Perkenal Ciri Buku-Audio Seawal 2027
Aman
YouTube kini sedang melihat untuk mengintegrasikan ciri buku-audio (audiobook) pada platform mereka, seawal 2027 kelak. Untuk tujuan berkenaan, YouTube yang dimiliki oleh Google telah mula bertemu dengan pelbagai penerbit buku dalam mengintegrasikan penawaran mereka terus ke YouTube.

Langkah ini juga akan memposisikan YouTube sebagai pesaing untuk Spotify yang turut telah mula memperluaskan penawaran buku audio mereka, disamping turut bersaing dengan Audible yang dimiliki oleh Amazon.
YouTube dijangka akan mengintegrasikan sokongan buku audio ini bersama-sama dengan langganan YouTube Premium sedia ada. Namun, implementasi penuhnya masih tidak diketahui lagi. Spotify pada hari ini melaksanakan dengan memberikan had penggunaan jam untuk mengakses buku audio, dan untuk penggunaan lanjutan pengguna perlu melakukan bayaran tambahan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.