Viu Dan iQiyi Bekerjasama – Menawarkan Berkas Langganan Untuk Kedua-Dua Perkhidmatan Bermula RM29.90 Sebulan
Aman
Viu dan iQiyi merupakan dua perkhidmatan penstriman yang memfokuskan kepada sejumlah kandungan terbitan rantau Asia, termasuk dari Malaysia, Korea dan lain-lain. Kini, kedua-dua perkhidmatan penstriman berkenaan bekerjasama, dan menawarkan pas langganan bersama pada harga RM29.90 sebulan, atau RM75.90 untuk tiga bulan.

Berkas langganan ini juga dilihat lebih menjimatkan berbanding melanggan kedua-duanya secara berasingan. Pelan yang ditawarkan sekiranya dibeli secara berasingan berharga RM16.90 sebulan untuk iQiyi Standard dan RM21.90 sebulan untuk Viu Premium.
Selari dengan pengenalan promosi berkas langganan bersama ini, diskaun tambahan turut ditawarkan untuk langganan bulanan yang membolehkan ia didapati pada harga RM19.90 sebulan untuk bulan pertama, atau RM50.90 untuk tiga bulan pertama.
Sekiranya anda sedia melanggan Viu dan iQIYI secara berasingan, mungkin boleh menyemak promosi ini, dan lebih berjimat berbanding melanggannya secara berasingan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.