GTA VI Akhirnya Menerima Treler Baharu Sebelum Dilancarkan
Effi Saharudin
Tinggal sekitar sebulan sahaja lagi sebelum Grand Theadft Auto VI (GTA VI) dilancarkan pada 19 November untuk menamatkan penantian peminat tegar lebih sedekad. Dengan tarikh semakin hampir, Rockstar Games akhirnya melancarkan treler sempena pelancarannya semalam.
Dalam treler ini maklumat mengenai jalan cerita, apa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pemain dan kualiti grafik dapat dilihat dengan lebih jelas. Kualiti grafik memang memperlihatkan peningkatan berbanding GTA V dengan tona permainan nampak lebih serius berbanding yang terdahulu.
Setakat ini yang diketahui ialah dua watak protagonis boleh dikawal pemain. Hubungan cinta antara kedua-duanya perlu dipupuk oleh pemain bagi memastikan mereka boleh bekerjasama dalam misi dengan lebih baik.
Seperti siri Mafia, kenderaan GTA VI perlu diisi minyak. Jika kenderaan dimiliki musnah dalam misi, ia hilang selama-lamanya dan tidak muncul semula dalam garaj. Ini adalah mekanisme yang sama seperti kuda dalam Red Dead Redemption II.
Dengan pelancaran semakin hampir, adakah anda antara jutaan yang telah melakukan pratempahan awal?
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.