Edits Kini Sokong Fungsi ‘Audio Links’ Untuk Kandungan Lebih Kreatif
Amy Maizuraa
Meta menambah baik aplikasi suntingan Edits dengan ciri baharu yang memberi pengguna lebih kebebasan menghasilkan video kreatif. Penambahbaikan ini juga bukan sekadar soal memperluaskan pilihan, tetapi turut menjadikan pengalaman mencipta kandungan lebih menyeluruh.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk fungsi Audio Link, yang membolehkan pencipta menambah pautan audio terus daripada pustaka Instagram untuk membawa penonton ke lagu atau bunyi tertentu. Seterusnya, fungsi Popular Topics pula membantu pencipta kandungan mengenal pasti topik yang paling diminati pengikut, sekali gus memberi inspirasi untuk menghasilkan video baharu.

Selain itu, ciri Kits membolehkan pencipta menyimpan gaya suntingan seperti warna, teks, kapsyen dan audio untuk digunakan semula pada video seterusnya. Akhir sekali, lebih 50 kesan khas baharu ditambah ke dalam Edits termasuk pustaka pergerakan moden yang menjadikan video lebih bergaya dan menarik.
Langkah ini menunjukkan hala tuju Meta dalam membina ekosistem kreatif yang lebih menyeluruh. Pada masa sama, pencipta bebas bereksperimen dengan imej dan audio sambil menyesuaikan pengalaman mengikut gaya kandungan mereka.
Sumber: New to Edits