Pelancaran Siri Vivo X500 Di Malaysia Dijadualkan Pada 27 Oktober 2026
Amy Maizuraa
Tiada lagi teka teki apabila vivo mengesahkan pelancaran rasmi siri X500 di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2026. Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan telefon baharu tetapi menunjukkan komitmen vivo dalam segmen premium sambil membawa inovasi terkini kepada pengguna Malaysia.

Tempahan awal peranti kini dibuka dengan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM4,300. Antara tawaran menarik termasuk rebat sehingga RM1,000, keistimewaan ahli vivo Store bernilai sehingga RM2,460 apabila anda log masuk serta rebat tambahan RM150 melalui SPayLater. Setiap pembelian juga memberi peluang untuk memenangi tiket ke persembahan Jay Chou “Carnival II” World Tour 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia.

Buat masa ini, tiada spesifikasi rasmi yang disenaraikan namun maklumat lanjut dijangka akan dikongsi menjelang tarikh pelancaran. Jika melihat kepada spesifikasi yang diumumkan di China, telefon ini hadir dengan ciri kelas mercu seperti cip Dimensity 9600 Pro, lensa telefoto 200MP ZEISS, bateri 7,800mAh serta skrin dengan kadar segar semula 144Hz. Untuk gambaran awal, anda boleh membaca artikel pandang pertama kami melalui pautan ini.