Xperia 10 VI Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 17 Yang Dijanjikan
Aman
Sony ketika pelancaran Xperia 10 VI pada 2024 yang lepas, mereka menjanjikan kemaskini Android sebanyak tiga versi. Ini bermakna peranti berkenaan akan menerima kemaskini sekurang-kurangnya sehingga Android 17. Namun, perkara berkenaan tidak dapat direalisasikan Sony.

Sony meminta maaf berkaitan perkara ini, mengatakan kemaskini Android 17 tidak dapat ditawarkan untuk Sony Xperia 10 VI disebabkan oleh kekangan pada tetapan storan pada peranti berkenaan. Walaubagaimanapun, Sony akan kekal berpegang pada janji penawaran kemaskini sekuriti sehingga 4 tahun sejak tarikh pelancaran untuk Xperia 10 VI.
Sony menyatakan perubahan ini hanya untuk model Xperia 10 VI sahaja dan tidak memberikan kesan kepada model peranti yang lain.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.