Apple Sedangkan Bangunkan HomeView Baru Yang Boleh Berpaling Memfokuskan Orang Yang Sedang Berinteraksi
Aman
Apple baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah peranti berbentuk hab di rumah, dinamakan HomeView. Melaluinya, ia menawarkan sebuah skrin pintar yang turut disokong Siri AI, membolehkan sehingga enam orang berinteraksi dengannya, termasuk menggunakannya dalam menyemak jadual, melakukan panggilan video, menggunakannya untuk bertanyakan informasi, mahupun untuk memainkan lagu.

Buat masa ini, skrin berkenaan perlu digerakkan secara manual apabila melakukan interaksi seperti panggilan video dan lain-lain, dimana anda perlu pusingkan skrin ke arah anda secara sendiri. Menyedari masalah interaksi dengan perkara ini, Apple kini dilaporkan sedang bangunkan model baharu HomeView yang dnaik-taraf, disasar untuk pelancaran 2027 atau 2028.
Model ini dijangka hadir dengan skrin 9-inci, dan menyertakan bahagian berputar dikuasakan motor, membolehkan ia berpusing 360-darjah, dan memfokuskan kepada orang yang sedang berinteraksi. Model HomeView ini juga djangka menggunakan pengecaman suara dalam mengenal-pasti identiti orang yang sedang berinteraksi, dan seterusnya berpaling ke arah pengguna tersebut.
Model ini juga dijangka akan berharga lebih mahal, dan menjadikan interaksi dalam ruang tamu atau dapur di rumah lebih bagus berbanding model sedia ada.
Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan penawaran HomeView untuk pasaran Malaysia, berkemungkinan kerana Siri AI masih tidak menyokong pasaran Malaysia atau bahasa Melayu secara khususnya lagi.