CMF Clip Pro dan CMF Buds Neo Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM129
CMF, sub-jenama kepada Nothing, kini telah mula menawarkan dua produk baharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu CMF Clip Pro dan juga CMF Buds Neo. Kedua-duanya sudah boleh di beli di pasaran tempatan bermula hari ini.

CMF Clip Pro merupakan fon telinga yang hadir dengan rekaan boleh-klip pada telinga, menyertakan sokongan LDAC, sokongan kawalan pintar, dan dioptimasikan untuk panggilan suara yang jelas. Fon telinga ini hadir dengan masa penggunaan bateri sehingga 32.5 jam.
Sementara CMF Buds Neo pula hadir dengan sokongan pembatalan hinggar aktif sehingga 35dB, penggunaan sehingga 4 mikrofon, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 52 jam.
Di Malaysia, CMF Clip Pro hadir pada harga RM359, sementara CMF Buds Neo pula pada harga RM129. Kedua-duanya sudah boleh didapati melalui pengedar rasmi Nothing, termasuk melalui Shopee.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.