Honor Berkongsi Jadual Kemas Kini MagicOS 11 Untuk Peranti Global
Amy Maizuraa
Honor telah mengumumkan jadual kemas kini sistem operasi terbaharu, MagicOS 11 berasaskan Android 17 yang bakal diedarkan ke seluruh peranti global. Menurut Honor UK, semua peranti yang tersenarai akan menerima kemas kini ini secara berperingkat bermula Oktober 2026 hingga Mac 2027.

Honor turut menegaskan bahawa jadual edaran ini tidak dipecahkan mengikut model tertentu. Sebaliknya, ia diberikan dalam bentuk latar masa umum untuk keseluruhan peranti yang disokong. Dengan kata lain, tiada tarikh khusus bagi setiap model namun pengguna boleh menjangkakan kemaskini hadir dalam tempoh yang ditetapkan. Jadual penuh peranti yang bakal disokong adalah seperti berikut:

Fasa Open Beta (September – November 2026)
- HONOR Magic7
- HONOR Magic V5
- HONOR 600 / 600 Pro / 600 Lite
- HONOR 200 Pro / 200 Smart
- HONOR 400 / 400 Pro
- HONOR Magic7 Lite
- HONOR X9d / X8d / X7d
- HONOR X5c / X5c Plus
- HONOR X5d / X5d Plus
- HONOR X7c / X7C 5G / X6b 5G
- HONOR Magic Pad4 / Magic Pad3
Fasa Edaran Rasmi (Oktober 2026 – Mac 2027)
- HONOR Magic V6 / V5 / V2 RSR / V2
- HONOR Magic Pad4
- HONOR Magic8 Pro / Magic8 / Magic8 Lite
- HONOR Magic7 Pro / Magic7 RSR / Magic7 Lite
- HONOR Magic6 RSR / Magic6 Pro
- HONOR Magic5
- HONOR 600 (Pro, Lite, Lite s, 600s, 600e, Elite, Smart, Smart 5G)
- HONOR 200 / 200 Pro / 200 Smart
- HONOR 400 / 400 Pro / 400 Lite
- HONOR Pad 20 Pro / Pad 20 Pro Paperlike Edition / Pad 20 / Pad 20 Paperlike Edition
- HONOR X9d / X9c / X9e Pro / X9e s
- HONOR Turbo
- HONOR X7b Plus 5G / X8d / X8c / X8c 5G / X7c / X7c 5G / X6b 5G
- HONOR Play9S / Play9T / Play10A
- HONOR X5d / X5d Plus / X5c / X5c Plus
Perlu ditegaskan bahawa program Open Beta hanya ditawarkan di negara terpilih dan pengguna disarankan merujuk kepada My Honor Club untuk maklumat lanjut. Sementara itu, jadual edaran ini hanya terpakai bagi pasaran terbuka manakala garis masa bagi peranti telco bergantung pada kelulusan ujian daripada pihak penyedia perkhidmatan.