Kerajaan Akan Menilai Keperluan Pengesahan Identiti eKYC Untuk Permainan Atas-Talian
Aman
Menteri Komunikasi kini menyatakan kerajaan akan menilai keperluan untuk mengimplementasi pengesahan identiti atau eKYC untuk mengakses platform permainan atas-talian, sebagai contoh Roblox.

Buat masa ini, perkara ini masih pada peringkat sangat awal. Sejumlah aspek akan diambil kira sebelum mengimplementasi sebarang perkara, termasuk masalah melibatkan pengguna bawah umur, dan adakah terdapat kemungkinan platform berkenaan disalah guna. Sebelum ini juga, pihak kementerian turut telah bertemu dengan Roblox pada tahun lepas dan membincangkan sejumlah perkara.
Ia tidak diketahui lagi buat masa ini adakah perkara ini akan diperluaskan ke pelbagai platform lain, atau lebih tertumpu kepada platform yang diakses ramai kanak-kanak seperti Roblox. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan perkara ini dalam masa beberapa bulan lagi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.