Apple Menjadualkan Pengenalan Produk Baru Pada 29 Oktober – MacBook Pro Dengan Skrin Sentuh?
Aman
Apple kini secara rasminya mengumumkan sebuah acara yang dijadualkan pada 29 Oktober, 1 pagi (waktu Malaysia). Buat masa ini, Apple tidak memberitahu secara rasminya apakah yang bakal dilancarkan mereka.

Namun, mengikut desas-desus, Apple dijangka perkenal kemaskini kepada keluarga MacBook Pro dan juga iPad pada acara berkenaan. Salah satu produk baharu yang dijangka mencuri perhatian pada acara berkenaan adalah MacBook Pro dengan sokongan skrin sentuh. Ia dijangka hadir dengan skrin OLED, menggunakan cip Apple M5 Pro, dan hadir dengan variasi skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci.
Selain MacBook dengan skrin sentuh, Apple juga dijangka memberikan perhatian pada iPad Mini yang turut hadir dengan skrin OLED.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.