Bekas CEO Google Dilaporkan Mempunyai Pegangan Hampir 1% Pada Anthropic
Eric Schmidt, bekas CEO Google kini dilaporkan mempunyai pegangan sekitar 1% pada syarikat kecerdasan buatan Anthropic. Ini sekaligus membuatkan Eric Schmidt dijangka menerima pulangan tinggi berkali ganda apabila ia disenaraikan pada bursa kelak.

Eric Schmidt melabur pada Anthropic sebanyak beberapa puluh juta, ketika pelaburan dalam Series A. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Eric Scmidt telah menjual sebahagian atau sebaliknya. Tetapi sekiranya tidak menjual, ia akan membawa pulangan yang besar kepada Eric Schmidt sebagai individu.
Selain Eric Schmidt, beberapa pihak lain turut melakukan pelaburan, selain Amazon dan Google turut melabur berbilion ringgit pada syarikat berkenaan. Mengikut jangkaan awal, Anthropic dijangka dinilaikan sekitar antara $1.5 trilion ke $2 trilion.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.