Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Utama Malaysia Disasarkan Dilengkapi Teknologi Pintar
Amy Maizuraa
Malaysia dilihat semakin serius dalam usaha membentuk masa depan perjalanan yang lebih selamat dan lestari. Melalui inisiatif baharu, separuh (50%) daripada 34 laluan utama disasarkan menerima naik taraf moden dalam beberapa tahun mendatang. Langkah ini dijangka membuka jalan kepada sistem pengangkutan yang lebih cekap serta mesra alam.

Antara elemen yang bakal dilaksanakan termasuk kamera pemantauan trafik berasaskan AI untuk mengesan corak pemanduan berbahaya, sistem pengesanan kemalangan dengan amaran awal bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan, serta lampu tenaga solar bagi meningkatkan kecekapan tenaga. Turut diperkenalkan ialah aplikasi digital yang membolehkan pengguna mengakses maklumat trafik dan bantuan jalan raya secara masa nyata. Kemudahan ini turut dilengkapi dengan stesen pengecasan EV sekali gus menyokong peralihan negara ke arah sistem pengangkutan hijau dan lestari.
Pelaksanaan teknologi pintar ini dijangka memberi kesan besar yang merangkumi peningkatan keselamatan dengan tindak balas pantas terhadap insiden, di samping membantu mengurangkan kesesakan untuk perjalanan lebih lancar. Pada masa yang sama, sokongan kepada EV akan mempercepatkan peralihan kepada pengangkutan hijau dan mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam teknologi moden.
Sumber: Awani