Shopee Instant Mart Kini Menjanjikan Penghantaran Dalam Masa Kurang 1 Jam
Aman
Shopee sedia menawarkan pilihan penghantaran segera daripada sejumlah pekedai dibawah program Instant Mart pada platform edagang mereka. Sebelum ini, penghantaran dijanjikan dalam masa 4 jam sejak membuat tempahan dan pembayaran, tetapi melalui kemaskini baharu ini, Shopee menjanjikan penghantaran dalam masa kurang 1 jam.

Dengan langkah ini, para pembeli boleh mendapatkan barangan dengan lebih cepat dan segera. Shopee menggunakan rangkaian penghantaran ShopeeFood dalam menjayakan ciri Instant Mart.
Instant Mart beroperasi antara 10 pagi ke 10 malam, dan mengehadkan berat kepada 10 kilogram. Ciri ini juga ditawarkan terhad pada hari Isnin ke Sabtu, dan tidak beroperasi pada hari cuti umum.
Bagi anda yang sering membeli-belah di Shopee, boleh mengakses ciri ini melalui menu ikon pada halaman utama aplikasi Shopee, dan memilih ikon Instant Mart.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.