Meta Membina Kabel Bawah Laut Dengan Kapasiti 1 Petabyte Pertama Dunia
Effi Saharudin
Keperluan untuk data internet semakin bertambah kerana saiz fail semakin besar dan pelanggan mahu ianya menjadi semakin pantas. Dengan keperluan internet pantas dijangka semakin meningkat bagi menampung sistem ejen kecerdasan buatan (AI), Meta mengumumkan Petal, projek kabel bawah laut pertama dunia dengan kapasiti 1 Petabyte sesaat.

Dengan kapasiti ini, ia adalah dua kali ganda kapasiti kabel bawah laut semasa. Petal boleh menampung keperluan penstriman 75% penduduk bumi secara serentak atau 30,000 filem dengan saiz 4GB setiap satu juga serentak.

Kapasiti Petal yang tinggi dicapai dengan menggabung dua teras gentian optik ke dalam satu kabel. Ini meningkatkan kapasiti data dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah kabel yang perlu dibentang di dasar laut.
Petal akan menyambungkan Amerika Syarikat dengan Perancis dengan ia sepanjang 7000 kilometer. Ia dijangka siap menjelang 2029.