Redmi K100 Bakal Hadir Dengan Bateri 10,000mAh Dan Pengecasan 100W
Amy Maizuraa
Redmi K100 akan menjadi model ketiga dalam siri Redmi K100 dan dijadualkan dilancarkan di China pada hujung bulan ini. Menjelang pelancaran, beberapa ciri reka bentuk telah didedahkan termasuk panel belakang rata dengan modul kamera mendatar, mirip siri Redmi K100 Pro. Telefon ini juga akan hadir dengan sekurang-kurangnya satu pilihan warna baharu iaitu hijau.

Selain itu, Redmi K100 akan hadir dengan dwi-kamera dan lampu LED flash. Modul kamera di bahagian atas turut memaparkan penjenamaan ‘Sound by Bose’ yang menandakan pembesar suara telefon ini ditala oleh Bose. Butang kuasa berada di sebelah kanan manakala bahagian kiri dibiarkan kosong. Bingkai logam rata turut digunakan bersama port USB-C dan slot SIM dijangka berada di bahagian bawah.

Redmi K100 turut menggunakan paparan rata berukuran 6.83 inci berkadar segar semula 165Hz lengkap dengan kamera swafoto dalam potongan lubang kecil di bahagian atas skrin. Ia menyokong permainan sehingga 165 fps untuk lebih 40 judul sekaligus menjadikannya pilihan menarik bagi peminat permua. Dari segi perisian, telefon ini menggunakan sistem operasi terbaru Xiaomi, HyperOS 4 berasaskan Android 17 untuk pengalaman lebih lancar.