Syarikat Induk Shopee Ingin Tawar Khidmat Awanan Dan AI Melalui Sea Cloud
Aman
Sea merupakan syarikat induk sebalik Shopee, Garena dan juga perkhidmatan kewangan dinamakan Monee. Terbaru, CEO Sea berkongsi menyatakan syarikat mereka berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan awanan kepada perusahaan, melalui bahagian baru Sea Cloud.

Langkah ini sekaligus akan memposisikan Sea Cloud bersaing secara terus dengan perkhidmatan pengehosan seperti Amazon Web Services, Google Cloud, Alibaba Cloud dan lain-lain. Sea Cloud juga dilihat akan menjadi salah satu alternatif untuk menambah pendapatan bagi mereka dalam terus bersaing dengan penyedia platform lain seperti Bytedance (TikTok) dan Alibaba (Lazada).
Melalui Sea Cloud juga, Sea akan menawarkan sejumlah aplikasi berasaskan AI untuk boleh diakses oleh syarikat dan perusahaan lain yang sedia bergantung kepada platform mereka, terutamanya Shopee.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.