PMX Galak Orang Ramai Guna Aplikasi Tuju Sebagai Alternatif Waze – Waze Terikat Dengan Undang-Undang Israel
Aman
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini menyatakan melalui mesyuarat keselamatan siber negara yang diadakan, mereka meneliti pelbagai risiko keselamatan, termasuk melibatkan maklumat dan data pergerakan rakyat tempatan. Ini terutamanya disebabkan ramai yang menggunakan aplikasi Waze, dan aplikasi berkenaan terikat di bawah undang-undang Israel.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri mengalakkan orang ramai beralih kepada aplikasi tempatan Tuju yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebagai salah satu alternatif untuk Waze.

Tuju telah ditawarkan sejak 2025 yang lepas, dan baru-baru ini telah dikemaskini antaramukanya dengan rekaan lebih moden, disamping mengintegrasikan sejumlah ciri yang menyaingi Waze. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Tuju di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.