Tesla Dan SpaceX Membentuk Jawatankuasa Khas Untuk Membincangkan Penyatuan Syarikat
Aman
Elon Musk kini menyatakan Tesla dan SpaceX, masing-masing telah membentuk jawatankuasa khas dalam membincangkan penyatuan kedua-dua syarikat membentuk sebuah entiti gergasi.
SpaceX sendiri sebelum ini telah mengambil-alih beberapa syarikat dibawah Elon Musk, termasuk X dan xAI – sebelum melakukan penyenaraian di bursa. Pada hari ini, SpaceX bernilai sekitar $1.9 trilion, sementara Tesla pula bernilai $1.5 trlion – berdasarkan nilai pasaran saham semasa.
Elon Musk menyatakan jawatankuasa ini beroperasi secara bebas tanpa penyertaan beliau – kerana Elon Musk sendiri akan menyokong idea penyatuan berkenaan. Kedua-dua jawatankuasa ini akan melakukan penilaian bersama untuk melihat masa depan dan kesan daripada penyatuan kedua-dua syarikat ini.

Elon Musk turut mengatakan penyatuan ini akan membantu dalam sejumlah perkara, termasuk dalam membangunkan perisian kecerdasan buatan, robotik, pusat data, Terafab, dan lain-lain. Malah, Tesla baru-baru ini turut memperlihatkan kenderaan mereka dengan integrasi teknologi SpaceX.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.