Mulai 1 November, Tiket Bas Ekspres Hanya Dijual Melalui Terminal Berlesen Sahaja – Tidak Lagi Melalui Ejen Atau OTA Atas-Talian
Aman
Bermula 1 November 2026, peraturan baharu akan dikuat-kuasakan, dimana semua urusan penjualan tiket bas ekspres akan melalui terminal bas ekspres yang dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (PAAD) sahaja.
Langkah ini adalah dalam usaha memperkukuh pemantauan transaksi, disamping mengatasi masalah yang timbul daripada urusan jualan menerusi OTA (Online Travel Agents). Pada hari ini, tiket bas ekspres masih boleh didapati melalui ejen penjualan tiket atas-talian atau OTA, yang kebanyakkannya berpangkalan di luar negara.
Langkah ini juga akan dapat mengatasi masalah seperti perkhidmatan yang tidak tersedia ataupun permohonan bayaran balik – termasuk meningkatkan kawal selia oleh pihak berkuasa.
Untuk makluman, sejumlah terminal bas sedia mempunyai platform atas-talian mereka tersendiri dalam memudahkan pembelian tiket, termasuk Terminal Bersepadu Gombak dan juga Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.