Pengguna Yahoo Perlu Bersetuju Untuk Melihat Paparan Iklan Diperibadikan, Atau Membayar Langganan
Aman
Yahoo kini telah mula memaklumkan pengguna seluruh dunia, menyatakan bermula 2027, mereka akan menguatkuasa bagaimana pengguna menggunakan platform dan perkhidmatan mereka. Menurut Yahoo, para pengguna akan perlu bersetuju untuk terus menggunakan perkhidmatan Yahoo dengan sokongan paparan iklan yang diperibadikan kepada seseorang pengguna, atau memilih untuk melakukan pembayaran langganan yang akan membuang iklan diperibadikan (tetapi akan memaparkan iklan secara rawak dan terhad).

Perkhidmatan yang terkesan dibawah terma baharu ini adalah termasuk Yahoo Mail, Yahoo News, Yahoo Sport, Yahoo Finance, dan sejumlah produk pengguna Yahoo lain.
Berbeza dengan paparan iklan biasa, paparan iklan yang diperibadikan akan belajar berasaskan kepada interaksi pengguna, sekaligus membawa kepada paparan iklan yang lebih memberikan impak kepada pengguna dan pengiklan.
Yahoo turut menyatakan bagi pengguna yang tidak bersetuju dengan perkara ini, boleh memilih untuk berhenti menggunakan produk atau perkhidmatan Yahoo berkaitan.