Penjawat Awam Malaysia Dilarang Menggunakan Aplikasi Navigasi Waze
Aman
Lanjutan daripada perkongsian Perdana Menteri semalam, kini semua anggota perkhidmatan awam Malaysia dilarang daripada menggunakan aplikasi navigasi Waze. Sebagai alternatif, terdapat beberapa aplikasi navigasi lain di pasaran, termasuk salah satu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, iaitu TuJu.
Hal ini kerana terdapat risiko keselamatan termasuk melibatkan data pergerakan, khususnya penjawat awam di Malaysia. Aplikasi Waze juga terikat dibawah undang-undang Israel.

Di Malaysia, terdapat lebih 1.3 juta orang penjawat awam, dan perkara ini mungkin memberikan impak kepada penggunaan Waze dan pengiklanan melaluinya. Secara tidak langsung juga, perkara ini mungkin turut membawa pengiklan ke aplikasi alternatif lain, termasuk TuJu, Google Maps, dan juga aplikasi dibangunkan pembangun bebas tempatan, Pintaz.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.